Thursday, November 25, 2010

Award+Soalan Tag Panas!!

Aduhai cik Chenta .. Panas ni award + soalan tag. Malu juga nak ambil award ni. Nanti tiba-tiba ada yang komen " EH!ko superstar ke, visitor boleh di bilang dengan jari" .. Mom masa blogwalking tadi ada la terbaca cerita-cerita mengenai komen-komen anonymous yang menyakitkan hati orang. Hmm .. Apa la niat mereka ye? Anyway mom nak juga buat tag dari cik chenta ni.Thanks ye cik chenta. Kreatif sungguh la orang-orang sekarang ni.Tak terfikir pulak boleh buat stars macam dalam gambar tu.

Tag panass untuk award ni :

Sila jelaskan kenapa anda suka berblogging?
Penuhkan masa lapang.Boleh tambahkan kenalan.Boleh baca dan kongsi pengalaman dengan orang lain.Well yang baik jadikan teladan yang tak baik jadikan sempadan la.

Apa motif anda tarik follower? Anda superstar ka?
Adei soalan ni sikit punya pedih nak jawap. Memangla mom ni bukan superstar.Motif tarik follower ?? Emm.. Banyak permasalahan dalam hidup,kadang mom buat entry supaya kawan-kawan boleh komen dan mom pulak boleh baca komen-komen tu sambil fikirkan penyelesaian masalah.

Cerita sikit perangai anda..
Di dunia nyata mom seorang yang pendiam.Lebih suka menjadi pendengar dan pemerhati.Puas juga mom kikis sifat ni tapi .. takleh.

Pernah terfikir nak masuk magazine a.k.a mewar-warkan blog anda? mengapa?
Gelak sebelum jawap soalan ini. Sebenarnya memang ada la terfikir.Kalau diberikan peluang mestilah nak kan. Mana la tau boleh dapat income blogging macam Redmummy.com.

Sila tag blogger lain.. Kak Yong , PG ..



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails