Wednesday, November 3, 2010

Anak Laki-laki Mom ..

Selama mom berbelog ni belum lagi cerita pasal mileage anak-anak mom yang sedar tak sedar dah besar panjang ni.Jadi entry kali ni nak cerita pasal mileage mereka dan sekaligus mengingatkan mom yang mereka dah besar dan mom pulak semakin tua.

Abang Joel.
  • 3 bulan saja lagi umur akan jejak angka 4
  • Sangat petah bercakap. Dah pandai bercerita pasal hari yang dilalui dan pandai komplen bila adik kacau barang permainannya. Hehehe
  • But mom perasan yang abang tak sebut "R" dengan betul. "seluar" abang akan cakap "selual" dan kalau "barang" akan jadi "balang" .
  • Abang sekarang malam pun dah pandai bangun,hidupkan lampu dan pergi toilet sendiri. sebelum tidur mom selalu pesan dekat abang,kalau abang nak pergi toilet kejutkan mom tapi abang tak kejut mom pun,abang berdikari sendiri.
  • Abang rajin tolong mom masukkan baju dalam washing machine,bersihkan sofa, kemaskan kain baju abang dan adik dekat almari yang adik selongkar. walaupun tak kemas sebab abang tak pandai lipat baju.
  • Abang juga dah pandai tolak troli bila temankan mom beli barang dapur.
  • Gosok gigi dan mandi sendiri.
  • Dah kenal nombor dan abjad.
  • Dah pandai reka-reka cerita berdasarkan buku bergambar.
  • Dah pandai demand nak tengok channel apa dekat tv tu.
Dah besar anak mom yang sorang ni kan. Nasihat pun pandai juga dia ni. Setiap hari time mom pergi kerja dia akan pesan " mami baik-baik kerja.. Jangan nakal. Jangan lupa habiskan nasi kalau makan."





Adik Ezra.
  • Setahun 2 bulan.
  • Gigi ada 8 batang.
  • Dah pandai berjalan tapi dengan sokongan. Adik agak lambat berjalan , orang cakap sebab gigi tumbuh dulu.hmm tak tau la betul ke tak..
  • Dah pandai cakap "mam" untuk makan. "Dah" untuk sudah dan "mama" untuk mom. "Da" sambil lambai-lambai tangan kalau kita bye-bye.

PS- Bila nampak anak dah besar,orang sekeliling dah start bunyik-bunyik lagi bila nak dapat anak perempuan pulak.





4 comments:

Rizziela said...

cepat sungguh anak2 kita membesarkan....kadang2 tak perasan pun yg mereka semua dah pandai macam2

kakyong said...

anak2 yg cepat membesar & bijak... ;)

biasalah.. kakyong pun org dok tanya bila nak menambah.. tp mertua cakap, udah ler tu... cukup2 ler.. sbb umur dah 40 kan..

Anne said...

rizziela- betul la.kadang mom ni rasa terkilan juga sebab tak dapat betul-betul lihat perkembangan anak. Kerja!Kerja!Kerja!

Kak yong- pelik juga kan kak yong.Nanti kita anak banyak ada juga yang bunyik..Eee berderet nye anak dia.. (^^)

Lizzie Yasmin said...

Ala Anne comel nya dah telatah abang,, hehehe.. dia tak kejut mom dia, takut terbantut mmpi kot.. baik nya abang...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails