Saturday, October 9, 2010

PHDC channel 613 Astro


channel 613 Astro iaitu PHDC - play house disney Channel
Time-time lepak dengan anak-anak depan tv ni la channel yang selalu dibuka. Kalau rasa nak tengok channel lain pun si abang mesti juga bising-bising suruh tukar channel ni. Mula-mula tu alahai boring la pulak tengok kartun je.. Tapi lama-lama tengok kan eh!eh! channel ni memang baik la.Penuh dengan pendidikan sebenarnya.


DIBO THE GIFT DRAGON.
Bila mom tengok beberapa episod kartun ni,mom tengok dia terapkan cara-cara pergaulan yang baik.Contohnye menghargai kawan-kawan, Jangan tamak, Tolong menolong , Bersabar..

Mickey Mouce& Freinds
Mickey mouse ni pulak ajar kenal nombor la,Abc la, Bentuk segitiga,bulat,bintang lagi kenal warna. Semua nya diajar melalui jalan cerita yang begitu seronok ++ lagu.

WordWorld
tengok pada tajuk pun dah tau kan.Yang ni belajar bina ayat. Yang ni sesuai untuk yang dah darjah kot.Si abang suka juga tengok ni sambil ikut-ikut nyanyi.Lalalala ..

OSO.
Hmm yang ni pulak ajar anak-anak berdikari.MAcam mana nak ikat tali kasut,macam mana nak cari kawan hanya dengan 3 langkah sahaja.


LITTLE EINSTEIN,POOH & ANIMAL MECHANICAL
yang ni pulak bagaimana nak selesaikan masalah.Semua kartun ni membantu anak-anak untuk THINK!THINK!THINK ..well disamping minum susu yang dapat merangsang minda , kartun yang menerapkan aspek pembelajaran macam ni pun baik juga kan.

Si abang sekarang ni dah boleh bezakan warna.Dah kenal bentuk-bentuk. Huruf - huruf dan nombor 1-10 pun dia dah kenal. Pencapaian yang di kira ok la tu untuk budak 3 tahun kan.Jadi sekarang ni memandangkan abang dah tau nombor bila mom malas nak ambil remote yang dok jauh mom akan panggil " abanggg..tolong mom jap tekan 103 mom nak tengok berita" ..


PS- cuma 1 je ASTRO ni kan asyik ulang-ulang episod yang sama sampai si abang dah boleh hafal jalan cerita .




6 comments:

Lelord said...

hehehhe btul2asik ulang tayang jek kan. seb bek la kat doha ni leh tgk disney chanel gak

Anne said...

lelord dekat doha?

diana said...

anak saye pun suke betul 613 ni..
kalau hari sabtu je begaduh la dengan ayah nye sebab ayah nak tengok bola..
boleh kata buka2 mate je dah kena buka cenal 613..
tapi cerita2 nye bagus untuk diaorang kan?/

Anne said...

betul tu.. En.Suami dah bercadang nak beli 1 tv lagi sebab hari-hari gaduh-gaduh pasal channel tv. Haha..

kakyong said...

kakmi takde astro..
tp anak2 tgk dvd magik english..

Mama Rayyan said...

Playhouse disney mmg sgt2 educational.My son suka tgk katun kt channel tu.At the moment,dia tgh suka little einstein.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails