Monday, October 11, 2010

Perempuan Dan Perkahwinan.

Seorang Perempuan bila berkahwin...



Personal vision tu akan berubah daripada ME & MYSELF kepada ME & MYFAMILY
Anak-anak diberi yang terbaik, keperluan suami di utamakan.


bagi perempuan yang boleh melahirkan pengalaman untuk melahirkan dan menjadi seorang ibu pasti dilalui .Tak mudah menjadi seorang ibu.Tak mudah untuk menjaga kandungan selama hampir setahun.Tak mudah untuk membawa perut yang besar ke sana ke mari.Tekanan darah boleh naik,kencing manis ,gigi boleh jadi buruk dan tanggal,rambut gugur .. lagi-lagi kalau yang ada alahan.Bila perut makin besar tidur pun susah.Kadang nak bernafas pun susah.Tak selesa. Huh!kalau nak di listkan semuanya memang tak habis.


Lepas dah bersalin pulak.. nasib baikla kalau lengkungan seksi tubuh masih ada. Ramai yang mengeluh sebab dah jadi macam tin coca cola..bulat je..Kalau nak window-window shopping macam dulu-dulu hohoho .. cuci mata sambil sling-sling anak la or sambil tolak kereta sorong. Bila anak dah meragam tengah syok-syok cuci mata tu .. sabarkan banyak-banyak hati tu,kena uruskan anak dulu.
Bagi yang ada pembantu rumah mungkin kurang la sikit buat kerja cuci mencuci,bersih membersih ni kan.Tapi kalau yang tak ada pembantu tu bersedia la untuk mop lantai,cuci tandas,cuci pinggan,basuh baju,bersihkan tingkap rumah.Biasa kat rumah tu lepas bersih kejap je dah kotor,kejap habuk dah melekat.Tak bersihkan nanti anak-anak sakit susah pulak.

Oh.Sedapnya tidur kan.Tapi perempuan bila sudah kahwin dan ada anak ,selalu la tak cukup tidur.Si kecil tu tak akan kira masa nak bangun.Kadang pukul 3 pagi. Kalau yang newborn baby tu pulak kadang ada yang 2 jam sekali dah bangun.Yang toddler pulak kadang pukul 4 pagi bangun atau pun malam tak boleh tidur.Maka selalunya ibu la akan temankan layan ragam si kecil walaupun rasa mata tak boleh buka.

Korang rasa tak tau masak.Cepatla belajar.Sebenarnya time bujang-bujang tu belajar la sikit-sikit memasak sebab bila dah kahwin nanti sebagai isteri dan ibu kena la korang memasak. Mungkin suami nak jaga hati tak nak cakap pasal masak tapi kalau anak-anak kecil yang innocent tu sedap nye mulut cakap " mom masak tak sedap la,tak mau makan la" atau pun bila pergi rumah orang anak akan cakap " mom sedap la makanan ni,napa kalau mom masak tak sedap macam ni" (psttt..cakap kuat tu semua orang dengar). Ishhh..malu tu.



Rasa susah tak tanggungjawap jadi isteri dan ibu? Banyak kan kena buat. Masa untuk diri sendiri macam tak ada je kan. Jadi macam mana dah bersedia nak jadi isteri dan ibu?


PS - Kepada anak-anak buah mom dan anak-anak remaja yang tengah dilamun cinta tu,bercinta dan berkahwin jauh berbeza.Pastikan korang tak tergopoh-gapah nak kahwinPerasaan Cinta saja tidak cukup untuk melayari kehidupan rumahtangga. Harus ada cinta+sabar+pengorbanan masa dan tenaga+toleransi.Dan paling penting pastikan korang nak kahwin bukan berlandaskan nafsu semata k.


2 comments:

fathiah said...

besarnye pengorbanan seorg ibu :)
tq ibu

.::NiK's WiFeY n MoMmY::. said...

anne.. i agree wif ur entry ni.. being a wife and mom is never ending story kan.. huk huk~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails