Tuesday, October 5, 2010

Kawan Terlampau !!

Korang ada kawan? eh soalan apa pulak ni .. betul ke kawan atau pun lawan ?
Al kisah nak di cerita adalah seorang staff dekat tempat kerja ni, mom jarang bercakap dengan dia ni.Tiba-tiba hari ni dia panggil mom, siap bisik-bisik pulak tu. Apa hal pulak lelaki ni?

Pastu kan dia cakap dengan mom, aku ada benda nak minta pendapat ni. Huh! Pendapat???
Pastu dia tunjukkan hp dia dekat mom.Cuba baca sms ni. Mom pun baca la beberapa sms madah-madah cinta dan rindu. Menurut rakan seoffice mom ni sms-sms tu diterima dari seseorang yang pada mulanya dia pun tak tahu sapa.Oleh kerana si rakan ini sudah berkahwin dan sangat sayang akan bini , dengan serba salah takut-takut kalau si bini nanti tersalah sangka si rakan pun tunjuk kan sms itu. Well biasa la perempuan kan memang hangin 1 badan la bila baca sms madah cinta ditujukan kepada suami. Dan yang paling mengejutkan .. bila si bini ini tengok nombor hp sms tu .. Eh..eh macam biasa nampak je nombor ni. Lalu dia pun segera check dekat phone book dan tau tak siapa empunya nombor tu... BINI JIRAN SEBELAH RUMAH YANG MERUPAKAN SAHABAT DAN MEMANG HARI-HARI LEPAK DEKAT RUMAH MEREKA. .. menurut rakan seoffice mom ni , suami perempuan tu memang selalu tak ada rumah jadi maybe dia sunyiii.. uhuk!uhuk!

Pastu mom pun tanya la ngan rakan seoffice ni .. Rasanya banyak lagi dekat office ni yang dah kahwin , napa pulak tanya dekat mom saja. Lalu yang buat mom geram sebentar .. rakan seoffice ni dengan selamba katak jawap sebab perempuan tu Orang Sabah ..tu yang tanya sebab u kan orang Sabah juga. Rambut sama hitam hati lain-lain k.Tak semestinya mom sama negeri dengan orang tu terus mom pun ada ciri-ciri itu.

Hmmm .. berbalik pada tajuk cerita, apa pendapat harus mom beri pada kawan ni? Pergi serang je orang sebelah tu ? cerita dekat suami jiran tu ke? Or pindah rumah je la .. ??


Ps - ada orang yang langsung tak nak tahu pasal jiran sebelah ..ada pulak yang terlebih-lebih ambil berat .. dunia sekarang ..macam-macam ada.




2 comments:

kakyong said...

kabo kat kawan tu.. buat dunno jer.. usah layan sms tu..
& jika ada ruang, bersembang le dgn suami jiran tu supaya bawa isteri dia g jalan2 makan angin ker.. tp usah le kabo pasal sms madah2 cinta tu.. kang dia tak gaduh dgn bini dia.. kita plak yg dia jdkan musuh...

Anne said...

kawan seoffice tu tak sanggup nak bagitau suami jiran tu kak yong..sebab kawan dia juga.pagi tadi dia khabar wife dia dah pergi cakap dengan jiran tu.. hmm.Tapi bila benda macam ni dah berlaku rasanye susah dah mereka nak berjiran ..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails