Thursday, October 28, 2010

Gaduh besar kerana hp..

Di suatu majlis hari jadi yang riuh rendah, terlihat sepasang suami isteri yang bermasam muka. Si suami yang sedang mengendong bayi yang sedang berteriak-teriak menangis merenung tajam si isteri yang mom tengok matanya dah kemerah-merahan.
Beberapa minit yang lalu ...
Si suami sedang makan sambil mengendong bayi kecil mereka (mom tak silap baru 3 bulan) yang dah start nak meragam.Mungkin tak biasa dengan bunyi bising majlis harijadi yang memang ramai budak-budak.kalau dah ramai budak namanya biasala kan mesti riuh.Atau mungkin juga perut si kecil sudah bernyanyi-nyanyi minta susu ibu. Biasalah kalau suara baby menangis lebih menarik perhatian.Jadi mom yang telinga sensitip ni pun asyik-asyik toleh si kecil ni. Mom tengok si suami dan start melilau-lilau mata cari isterinya. Mom pun ikut pelik juga,mana mak budak ni.Rasanye 1 rumah ni boleh dengar tangisan tu.Lalu mata mom pun ikut melilau sama.. Dah di sudut rumah mom pun dapat cari mak budak ni yang tengah bermain handset dengan sorang lagi anak dara.Entah ape yang mereka tengok ke main game ?? sambil terkekek-kekek lagi. Adei..Sampai anak nangis pun dah tak pedulik ke? Pastu si suami panggil-panggil pun buat dek je.. Pastu sekali si suami dah hangin 1 badan sound kat dia " mama! kalau mama nak main handset je baik duduk rumah saja.Anak dah nangis macam ni pun mama tak pedulik! ". Adei .. Perasaan mom time tu bercampur-campur. Mom rasa kesian malah turut rasa tempias malu tu.

Moral of the story ~ Dunia sekarang memang dah banyak berubah dari segi teknologi .Semua best-best belaka tapi tugas seorang ibu untuk sentiasa memerhatikan anak-anaknya tetap sama dari dulu,sekarang dan sampai bila-bila.



6 comments:

Jieda said...

kalau si mama tu tgh bermain game takpe..jangan dia dok main sms.

Myra Jay said...

Btul tu, punya sonok belek enset smpai anak sndiri nangis pun tak sedar..

Anne said...

tu la pasal.selamba je kan.sian juga time tengok dia kena marah ngan suami dia.

Nia said...

adui bahaya, kekadang tgh main laptop pun kena perati anak jugak kan..huhu..

♥♥syahadah♥♥ said...

mmg teknolgi buat kita ralit..tak kiralah hp ke? fb ke blog ke? mmg kadangkala kita leka

kakyong said...

hohhooo, x faham.. mak jenis apa tu...?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails