Wednesday, October 27, 2010

Brand Local yang eh!eh! Best!

Mom nak kongsi cerita pasal satu produk local ni. Local tu maksudnya made in Malaysia la. Biasala kan rata-rata orang kita ni kalau boleh nak pakai brand luar negara.Kelassss gitu kan. Ala tak mau cakap orang la , mom pun begitu kalau barangan elektrik macam peti ais ke,tv ke mom pilih Made in Japan. Tapi dulu masa mom masih belajar mom ada juga beli rice cooker brand Khind(made in malaysia ni). Ada 3 tahun juga pakai.Lepas tu bukan tak pakai sebab rosak.Tapi kerana size kecik sangat jadi mom dah tak guna dah.

Ok berbalik pada produk local yang mom maksudkan tadi. Sebulan yang lalu mom tengah shopping barang dapur dan barang anak. Mom nak beli diapers untuk adik Ezra. Mula-mula dulu mom guna drypers tapi adik selalu ruam.Tukar pulak huggies warna biru.Yang ni selalu bocor dekat tepi pulak. Entah la sebab adik terlalu aktif ke sampai bila kencing basah juga seluar. Macam tak pakai diapers pulak , padahal baru tukar juga.Kencing adik banyak sangat ke ?? tak kan 2 kali kencing dah basah kot ?? Pastu mom tukar lagi , salesgirl syorkan mom pakai huggies ultra yang packaging color merah tu.Dia kata yang ni penyerapan lagi baik dan soft. Alahai yang ni pulak ruam merah adik datang lagi. Sebab terlalu tebal ke?? Mom bukan biar lama pun diapers adik.paling lama 5 jam je pakai pastu mesti tukar. (lama sangat ke tu???)

Pastu pada hari mom bershopping tu ada la sorang aunty salesgirl ni , macam tau tau je mom tengah cari diapers kan. dia syorkan mom guna diapex . Made in malaysia ni. mom sebenarnya nak rembat mamypoko je. Tapi untuk tidak menghampakan salesgirl tu mom beli pack percubaan diapex ni. Balik rumah tu mom siap di leteri oleh En.hubby lagi. Dia kata " buat apa beli ni.. mami ni nak yang murahhhhh aje.esok ruam adik makin teruk nanti mami tau sendirik la" . Adei.. sampai macam tu sekali. Dan setelah di cuba.. Eh!eh! memang bagus la. Tak ada kebocoran,tak ada ruam. Adik boleh pakai sepanjang malam tanpa kebocoran dan ruam.

Well.. kulit baby ni lain-lain juga. But its really work on adik Ezra la. Mom puas hati dengan brand ni. Kalau ada para ibu yang ada masalah ruam-ruam lagi ngan anak boleh la cuba brand ni.
Mom dah beli beberapa pack untuk adik last week. untuk saiz L harga Rm29 untuk 69 keping.
Dan bila mom google rupanya selain dari diapex ni, company ini juga adalah pengeluar tisu Premier tu.

Ps - Macam iklan pulak.Hehe.. sekadar nak berkongsi info ni dengan ibu-ibu di luar sana. Mom belum pernah guna diaper cloth je lagi. Next time kalau ada rezeki anak ke-3 mom nak juga cuba diaper cloth.





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails