Tuesday, October 26, 2010

Adei bermood-mood la pulak!!

Sudah dua tiga hari tak ada tulis entry.Tak bermood la pulak nak menulis.. Bukan tak ada online.Ada tapi cuma blogwalking ke laman kawan-kawan, baca dan komen sikit-sikit saja.Cerita dekat sekeliling pun banyak sebenarnya .. minggu lepas saja Johor Bahru ni jerebu akibat kebakaran hutan dekat sumatera. Mula-mula ingatkan Jabatan Kesihatan tengah sembur racun untuk nyamuk aedes, maklumlah area Taman Daya dan Setia Indah ni asyik-asyik ada je yang kena demam denggi. Rupanya bukan sembur nyamuk tapi jerebu .. Mom mula risau juga kalau jerebu tu berpanjangan.Abang dan adik dah start batuk , mom pulak gatal-gatal dekat mata .. Mujurlah dua tiga hari ni hujan.Sekarang ni jerebu dah tak ada la dekat area mom ni.
Syukur..
sepanjang jerebu tu juga adik dan abang mom tak bawa keluar jalan-jalan. Yalah lebih baik mencegah daripada mengubati kan. ohohoho .. adik dan abang kalau dah sakit ,lambat sembuh!!


mom tak suka makan jagung .. adik+abang suka.

bermain doktor-doktor..


Ps- esok area tempat mom tinggal tak ada air pulak. 10pagi - 10 malam.Ada-ada je hal.



3 comments:

♥♥syahadah♥♥ said...

anne pasal jerebu tu tak lah kita gi demo n bakar bendera bagai kan...(paham tak maksud saya)hehe

kakyong said...

Anne,
dok johor ya.. suami kerja apa?

Anne said...

hada: tu la pasal.
kak yong: suami kerja driver kat singapore aje..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails