Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Hari Raya dah sampai ni..
Selamat Hari Raya Aidilfitri mom ucapkan pada rakan-rakan blogger yang beragama Islam.
Semoga Raya tahun ni membawa seribu makna dan kesyukurun untuk kalian semua.
Yang berpeluang balik raya tu jangan lupa mohon kemaafan daripada keluarga.
Segala jenis dendam,benci-benci tu lupakan la.Sampai bila nak bermusuh-musuh?Buang yang keruh ambil yang jernih ok.
Yang tak dapat nak balik tu "calling-calling" la keluarga.

Kepada yang balik kampung tu semua barang dah pack ke?? Korang jangan pulak pack barang macam nak punggah satu rumah.Jangan pulak sibuk pack barang sampai anak tertinggal kat rumah macam cerita HOME ALONE tu. Bagi para ibu pulak barang keperluan anak jangan lupa tau.Susu,botol susu,pampers anak, pacifier dan mungkin bantal busyuk. Hehe.. Haru jugak nanti kalau si anak yang memang tak boleh berenggang dengan bantal tu meraung nak minta.Kalau kampung yang setengah jam sampai ok juga ,kalau yang 12 jam sampai tu macam mana ye.

Panjang pulak ucapan raya mom ni.Dah la tu kan.. last message BERHATI-HATI BUKAN SAJA DI JALAN RAYA TAPI MUNGKIN ANAK-ANAK MANDI SUNGAI KE..

Ps- teringat dulu-dulu Kad Raya di kirim dan diterima, sekarang ni hmmm macam tak de pulak..




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails