Saturday, September 18, 2010

Resepi Murtabak Tuna..



yummy..yummy.. nampak menyelerakan sungguh murtabak ni kan..
ni resepi yang mom cedok dari blog my simple life time blogwalking tadi..
Resepi ringkas yang sesuai untuk sarapan pagi esok. Lapar pulak mom ni.Lagi-lagi tadi tak ada lunch.

Bahan-bahanya

untuk kulit murtabak - (beberapa keping kulit popia)

*inti murtabak*
1 tin kecil tuna dlm tin atau seachicken
3 biji telur ayam
1/4 biji kobis saiz sederhana ( dihiris halus)
2 biji bawang besar didadu
serbuk kari ikan
garam

*untuk kuah bawang merah*
1/2 biji bawang besar ( saiz kecil)
1 sudu besar cuka
1 sudu besar sos cili maggi
beberapa titik pewarna merah ( sirap)
sedikit gula dan garam

Cara-caranya

1. Campurkan kesemua bahan inti dan kacau sebati, ketepikan.

2. Buat kuah bawang merah, hiris nipis bawang besar, kemudian campur dengan sos cili, cuka, sirap, gula dan garam, simpan di dalam bekas dan letak di dalam peti ais beberapa jam.

3. Ambil sekeping kulit popia, dan sendukkan satu senduk bahan inti tadi dan curahkan di tengah-tengah, lipat empat segi dan goreng murtabak seperti menggoreng roti canai, masak hingga permukaan nye perang dan agak garing, angkat dan hidangkan. Sedap dimakan bersama kuah bawang merah atau kari ayam, Selamat Mencuba.



Mudahkan.Jomla cuba resepi ni untuk breakfast esok.

PS - TQ kongsi resepi ni ye Fmina08 my simple life.






4 comments:

♥♥syahadah♥♥ said...

sgt simple...nampak pun menyelerakan.
anne saya dah kembali..

Anne said...

rindu baca blog hada.. hari tu klik kat link..tengok dah private.. (--)
harap hada&baby sihat.Selamt hari raya ye.. (ucap je biar dah lambat)

nur said...

wah.. tgh lapar ni

Anne said...

jom la buat murtabak di dapur masing-masing.. (^^)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails