Friday, September 10, 2010

Pendidikan Anak .

Selamat Hari Raya kawan-kawan blogger.. Di pagi Raya ni mom nak tulis pasal pendidikan anak.Tiba-tiba pula pasal pendidikan ni apa hal?? Malam tadi mom terbaca satu artikel daripada suratkhabar KOSMO mengenai pendidikan anak,wajar ke anak-anak yang masih kecil ( 4-12 years) tu di bebankan dengan terlalu banyak aktiviti melibatkan pendidikan



.

Kebanyakan ibu bapa kini memang percaya aspek pendidikan sangat penting untuk masa depan anak-anak.ibu bapa bekerja keras mencari wang dan sanggup berhabis wang demi pendidikan anak-anak. Sebagai balasan untuk kerja keras itu anak-anak dikerah untuk mengikuti berbagai-bagai kelas dipercayai untuk meningkatkan kecerdasan otak. Tapi bagaimana dengan anak-anak pulak? Bagi pendapat mom aspek pendidikan memang penting tapi kena berpada-pada juga. Mereka tetap anak kecil yang perlukan ruang untuk bermain.

8.30 pagi - 10.30 pagi pergi tuisyen ( selasa-jumaat) , 11.30 pagi bas sekolah dah ambil,kena gerak ke sekolah dah.. 7.30 petang baru sampai rumah.
NAk siap kan kerja sekolah lagi.( isnin-jumaat)
Hari sabtu pulak kalau ada aktiviti sekolah kena pergi sekolah.. petang nak pergi kelas piano & kelas tarian. Hari Ahad petang pun ada kelas piano dan tarian.

Rutin di atas ialah rutin hidup seorang anak berumur 7 tahun (darjah 1).. Mom selalu nampak dia petang-petang balik sekolah tu keletihan.Dengan beg dan buku di tangan.. Macam budak sekolah menengah pulak. Wajar ke sampai macam ni?

Bagi mom kan , anak-anak ni mempunyai kecenderungan dan minat yang berbeza. Mungkin anak si A boleh menerima pendedahan seperti di atas.Tapi mungkin anak si B ini pulak berbeza. Kita kena selidik juga kemampuan anak kita kan.Jangan main ikut orang saja.Kadang ada juga ibu bapa yang sekolahkan anak hanya kerana tak nak kalah dengan jiran sebelah rumah. " Anak ko sekolah mana? Anak aku ni sekolah dekat Tadika dotdotdot .. Yuran 5k sebualan tau. PAstu anak aku ni kita orang upah guru peribadi lagik " .. Hmm macam tu la senario biasa kan..












No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails