Monday, September 20, 2010

Nak Berlagak! Tak pe..tapi biarlah bertempat ..!!

Ohh!Berlagaknya.. Mom tak kisah lah nak berlagak atau tak pun tapi tolonglah berpada-pada lagak tu.Kalau sesuatu yang "dilagakkan" tu memang boleh dilagakkan contohnya pakai kereta yang dekat Malaysia ni memang beberapa orang je yang mampu pakai atau korang pakar dalam satu bidang yang tak semua orang mampu nak capai. Tapi ada juga jenis orang yang mom pun tak tau mengapa berlagak sangat walhal tak ada yang unik pun pasal orang tu.

1. Orang ni beli sebuah kereta 2nd Waja pastu cakap dekat semua orang bahawa dia bukan biasa punya orang.Tak semua orang boleh pakai kereta waja. Lepas parking kereta dekat tempat mom selalu parking then cakap , u parking tempat i dulu tu la.dekat sana nanti calar pulak kereta i ni..

2. Rakan-rakan plan nak pergi Melaka pada hujung minggu dan ada yang nak ikut kereta dia. Dia kata nak bayar RM400.00 kalau nak ikut kereta dia. Sebab kerusi kereta dia kulit takut calar. Tapi betul punya cuma pvc biasa saja.



Sakit hati dan geli hati pun ada bila tengok perangai orang macam ni. Moral of the story tolong la jangan buat macam ni sebab ini hanya memalukan dan memualkan orang disekeliling anda.

Ps - tau la mom pakai kereta kancil saja tak usahla di hina-hina ..












No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails