Monday, September 20, 2010

Membeli Insurans.





Baru-baru ini mom di datangi 2 agen insurans. Mereka datang office atas urusan lain.Tapi borak-borak ngan mom la pasal insurans ni. (Mereka ni part time agent)Banyak info yang mom dapat. Sini mom nak kongsi sedikit la..
Korang ada tak beli insurans? Maksudnya insurans peribadi,accident,sakit penyakit bukan insurans kereta ok.Korang beli untuk sendiri ke? anak?

Mom ni dulu memang tak ambil pusing pasal insurans ni.Bagi mom lagi baik simpan duit saja dekat ASB.. ada pulangan lumayan lagi.Tak perlu nak commitment sangat nak kena bayar tiap bulan. Kalau beli insurans tiap bulan nak bayar , bukan nya ada sakit-sakit pun nak beli insurans ni. Macam tu la pemikiran mom dulu. Tapi lepas satu kejadian yang menimpa kawan mom sendiri mom baru la terbuka mata dan minda.

Kawan mom ni memang penyimpan duit yang baik.Anak sorang dan Husband dia gaji lebih kurang 3k sebulan. Kawan mom ni sungguh berjimat orangnya.Jadi wang simpanan ni memang banyak laa. Dipendek kan cerita 1 hari entah mengapa kaki kanan beliau membengkak. Terdapat banyak lendir di dalam kaki beliau.Lepas operate pulak kaki jadi bernanah.. Dia berada dekat hospital selama sebulan dan kosnya hampir Rm20,000.00. Nasib baik la kawan mom ni ada insurans. Kos rawatan di tanggung oleh pihak insurans. Kalau hanya bergantung pada duit simpanan mampu ke nak bayar? Kalau mampu bayar kos 20k tu pun rawatan susulan macam mana ?? Jadi pada yang belum ada insurans tu boleh la tanya-tanya dekat mana-mana agent ye. Kita sebagai ibu bapa bagi pendapat mom memang patut ada insurans sebab nanti bila kita sakit sekurang-kurangnya ada sumber kewangan yang dapat membantu suami/isteri dan anak-anak.

PS - ada info lagi but mom akan continue nanti ..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails