Saturday, September 18, 2010

Korban Nyawa Seorang Ayah&Suami..


Sesiapa yang guna browser Yahoo pasti nampak gambar ni dalam Yahoo Today time buka internet.
Mula-mula buka mom tak ambil port pun.Ingatkan ala..biasalah tu ntah artis mana atau ahli sukan mana la yang kahwin tu. Kali ke dua mom buka internet dan terbaca ulasan nya mengenai seorang games developer yang mengadaikan nyawa demi isteri tercinta dan anak di dalam kandungannya. Menurut sumber berita Brian Wood , 33 tahun dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Washington apabila kereta yang di pandunya bertembung dengan sebuah kereta Chevy Blazer yang dipandu oleh seorang perempuan berumur 21 tahun yang dipercayai di bawah pengaruh.. ( tidak di beritahu oleh sumber pulak pengaruh apa) .. Untuk menyelamatkan isteri dan anak nya polis yang bertugas di tempat kejadian berkata Wood membrek dengan kuat dan memusingkan keretanya ke kanan agar kereta Chevy Blazer itu melanggar bahagian sisi sebelah pemandu.Tindakan itu berjaya menyelamatkan isteri dan anak didalam kandungan nya tapi telah mengorbankan nyawa Wood.

Begitu besar kasih James Wood kepada isteri dan anaknya yang belum lahir.
Ingin membaca cerita ini sepenuhnya sila klik sini.


ps - Besar sungguh kasih lelaki ini untuk keluarganya. Tak banyak orang yang masih mampu berfikir bagaimana cara untuk selamatkan orang tersayang dalam keadaan cemas seperti itu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails