Thursday, September 23, 2010

Kisah sebuah bank !

gambar google ni..bukan cheque mom (^^)

Sesiapa yang ada company Enterprise,Trading or SDN.BHD dan yang dalam akaun memang berkepuk duit mungkin dah biasa dengan cheque-cheque ni kan.Pagi tadi adalah seorang customer ni cerita dekat mom. Pengenalan sikit ye.. Beliau ni tuan punya company construction & renovation. Ala.. yang pasang-pasang tiles rumah ke , korang nak pecahkan dinding rumah dan besarkan dapur..hah macam tu la kerja dia ni.Jadi semua bahan-bahan mentah yang di bekalkan oleh supplier tu biasanya dibayar secara term.40 hari ke atau 60 hari dengan menggunakan cheque.

Nak di jadikan cerita beliau ni komplen-komplen la dekat mom.Beliau ni telah membuka 2 akaun but 1 nama company dalam bank ni. setiap akaun ada buku cheque yang berlainan. semalam beliau telah issued 1 cheque untuk bayar kepada supplier. Pastu beberapa hari kemudian baru beliau perasan yang beliau telah tersalah buka cheque.Sepatutnya beliau buka cheque akaun A sebab akaun B balance dalam tu tidak cukup untuk bayar.lalu beliau cepat-cepat call supplier tu untuk minta maaf tapi terkejut pulak sebab supplier cakap payment dah dapat. Oit?? Duit dalam tu tak cukup macam mana boleh masuk pulak. Beliau pun call bank dan bank tu pun sahkan wang dah tolak dari akaun yang ada wang tu.. Aik!Boleh pulak macam tu.Macam sesuka hati je bank tu buat kan.Walaupun beliau tu memang regular customer tapi keluar masuk wang tu mana boleh sesuka hati.

Bila dengar cerita beliau ni, mom teringat juga dulu pernah juga seorang kawan kerugian Rm30,000.00 sebab sehelai cheque dia ni dicuri dan orang tu tiru signature.Masalahnye bila dia pergi bank dan tengok cheque tu budak tadika pun boleh nampak signature langsung tak sama tapi pihak bank berkenan boleh pulak luluskan.

Sorang kawan pulak cerita dekat mom dia invest rm15,000.00 dekat bank ni juga.Masa mula-mula wakil bank tu cakap wang yang dilaburkan nanti boleh dapat balik bila tempoh tamat.Bila sampai waktu tu,dan si kawan ni nak ambil balik wang dia , bank tu beri macam-macam alasan termasuk la "wakil yang handle investment tu dah berenti kerja". Kelakar tak?

Ada 1 cerita lagi tau, kes yang ni pulak pasal loan kereta.Mom hairan juga macam mana loan dia ni boleh lulus ye sedangkan dia ni tak berkerja. Lalu dengan bangga la dia cakap dekat mom dia ada kenal orang dalam jadik dokumen tu palsu je tapi loan boleh jalan.

Macam tak amanah pulak bank ni kan.
Apa2 pun mom dengar cerita ni dari mulut orang saja. Entah-entah kawan-kawan mom ni yang cuai-cuai belaka kan.Setakat ni mom belum pernah berurusan dengan bank tu.


Ps- Dah berbulan wang simpanan mom dalam bank tak bertop up..








No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails