Saturday, September 11, 2010

Kerjayaku Periuk Nasiku ( Apabila Boss adalah Sahabatku)


Bila mom dan rakan-rakan yang berkerja berkumpul dalam YM ( nak kumpul bersemuka dah takde masa.Masing-masing lepas kerja dan hujung minggu sibuk dengan family masing-masing atau ada yang tak sibuk tapi jauh sangat kalau nak jumpa.) masing-masing akan buka cerita pasal orang atasan masing-masing. "Supervisor aku tukang kipas boss" .. " manager aku pukul 11 pagi baru masuk office" , " boss aku muka hitam, nyamuk pun tak berani nak lalu" .. macam-macam la. Kedengaran macam susah sangat nak kerja kan.. Macam mana pulak kalau boss atau orang atasan korang ialah kawan sepermainan .. Dengar macam mudah kan. Tapi sebenarnya kalau orang atasan tu ialah sahabat korang kan lagi payah. Kalau kerja korang di puji boss korang akan dengar " ala.. dia tu kawan boss..senanglah.." dan bila korang datang lambat 5 minit pun anda akan dengar bisik-bisik " hmm!!dia tu kawan boss , ambil kesempatan je datang lambat" .Bila korang nak buat kerja lebih masa sebab kerja memang banyak lagi yang tak siap orang akan kata " ngko tak payah la buat-buat OT ni ,kalau minta boss pun akan bagi naik gaji,boss tu kan kawan ko"..
Hmm kesimpulan nya tak ada kerja yang senang pun.. Kalau nak rezeki lebih usaha pun kena lebih. Contohnya nak dapat income dari blogging ni.. Bila tengok blogger yang dah dapat income ribu-ribu dengan blogging kawan-kawan mom cakap..bestnya,senangnya duduk-duduk kat rumah main internet pun income ribu-ribu. Kesenangan orang korang nampak ya , korang ada tengok macam mana susah payah mereka nak sampai tahap tu ke?

ps- my boss inspirasiku. My boss starting with kerja salesman ( jual barang di kampung-kampung yang tak ada kedai) dan sekarang ada 8 cawangan kedai & 2 kilang. Ok la tu kan..




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails