Monday, September 27, 2010

Jadual Waktu mom ketika cuti kerja(Sunday)

6.30am - Wake up.Ikut hati belum nak bangun ni tapi si kecil adik dah panjat-panjat siap nak korek mata la , hidung la , tarik rambut la.. adeiii...
6.30am ~ 7.30am - mandi , masak air panas untuk breakfast , bancuh air untuk minum , sediakan air mandian adik.Masak bubur nasi untuk adik.
7.30am ~ 8.30am - Abang Joel dah bangun time ni.mandikan dan siapkan adik. Sambil tu kerah-kerahkan si abang suruh gi gosok gigi.Pastu mandikan si abang pulak.
8.30 ~ 9.30am - Bagi adik dan abang breakfast la.. Si adik bubur nasi la,kalau tak pun roti + susu. Si abang pulak biasanya pagi-pagi nak makan telur setengah masak + milo. Pas makan adik ngan abang main depan tv la. Buka channel 613 PHDC dekat astro and then mom klung..klang..klung klang lagi dekat dapur masak mee/nasi goreng untuk breakfast.
9.30am ~ 10.00am - Mr.Hubby bangun. (--) .. kitaorang pulak makan.
10.00am ~ 1.00pm - Kalau tak ada bawa anak-anak keluar jalan-jalan maka waktu ni mom akan basuh baju.kemas rumah dan masak-masak untuk makan tengah hari.
1.00pm~3.00pm -Bagi anak tidur.Time ni mom pun ikut jugak la ZzzZZzzZZ..
3.00pm ~4.30pm - Sessi sembang-sembang ngan anak-anak dekat depan tv.Sambil minum-minum petang.
4.30pm ~ 7.00pm - Time ni kebiasaan kami sekeluarga ialah pergi pasar beli ikan,sayur dan barang keperluan lain.Kalau tak pon pergi rumah saudara.
7.00pm ~ 10.00pm - Mandikan anak.Aktiviti siang-siang ikan , masak-masak ,makan-makan dan bermain ngan anak-anak.
10.00pm ~ Tido kan anak-anak.
11.00pm ~ Selalunya kalau tak ngantuk lagi kita tengok tv lagi. 12.30am confirm dah zZzzZZ..


Macam tu lah cuti mom saban hari..saban bulan..saban tahun sejak bergelar ibu. Macam boring je kan. Aktiviti hujung minggu korang mesti best-best kan. Mom tak kisahlah aktiviti apa pun yang penting ada anak-anak. Walaupun selalu karenah 2 anak lelaki mom tu buat mom hangin 1 badan tapi mereka tetap buah hati pengarang jantung mom. .



Ps - Time remaja dulu jadual waktu mom ketika cuti ialah 7.30am bangun 8.00am - 5.00pm window shopping bersama kawan-kawan ..



2 comments:

Rizziela said...

Wow! bz nyer

Anne said...

hehehe.. jadual ziela macam mana pulak?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails