Wednesday, September 15, 2010

Esok cuti Hari Malaysia ..


16 September setiap tahun ialah Hari Malaysia. Sambutan Hari Malaysia yang julung kali diraikan akan di sambut di Kota kinabalu , Sabah . Menurut Sumber : Berita Harian sambutan yang dilangsung kan esok akan mempersembahkan 5 segmen iaitu Detik Merdeka Sebelum Malaysia di ikuti Pembentukan Malaysia , Harmoni Malaysia , Gemilang Malaysia dan Gagasan Satu Malaysia. Lima segmen berkenaan menonjolkan persembahan berkonsepkan muzikal teater membabitkan kira-kira 500 orang artis dengan penceritaan masa selama 47 minit.

Jadi kepada mereka yang berada di Kota Kinabalu dan daerah sekitarnya jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya . Yalah tahun seterusnya tahun rumah mesti negeri lain pula kan. Masa tu cuma dapat tengok dari tv la. Macam mom ni la.. dapat tengok dari tv saja.

Ps - mom cuti .. yahuu..














No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails