Monday, September 13, 2010

Aktiviti Hujung Minggu..

CUTI ialah hari yang ditunggu-tunggu oleh para ibu yang bekerja dan suri rumah juga. CUTI digunakan sepenuhnya untuk jalan-jalan bersama family. Makan sama , bawa anak-anak keluar rumah , pergi playground,tengok wayang ke and then makan lagi.. makan la yang paling banyak kan. Hujung minggu mom yang baru ni , mom bersihkan rumah. Dah lama plan nak bersihkan rumah tapi tak jadi je.. Asyik-asyik hujung minggu bawa anak-anak jalan, rumah terbengkalai lama tak bersihkan. Orang selalu cakap dengan mom , bila nak pregnant lagi cari anak perempuan boleh tolong buat kerja rumah .. Hmm tak ada anak perempuan pun tak pelah .. anak lelaki mom ni pun kalau bab kerja rumah memang suka sangat tolong. Kadang - kadang mom yang membebel pulak .. yalah macam cuci pinggan ke,mom takut pulak pinggan tu pecah atau cuci tak bersih kan.


well ni la bahagian abang Joel .. vacum dan bersihkan sofa ni.Segala macam benda ada dekat bawa kusyen. Roti , kereta mainan , kertas.Huh! Habuk lagi. Mom ntah berapa kali bersin kena habuk. Tiap kali bersih-bersihkan rumah ni mom terfikir juga , bila nak ada rezeki rumah sendiri ye. Mom dah berangan nak pasang wallpaper and fikir-fikir design yang sesuai. Ceh!! Tak pe lah kan angan-angan dulu ..

ps - plan hujung minggu ni apa pulak ???

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails