Friday, August 6, 2010

Spam Western Union

Pernah tak anda dapat email dari "western union"( orang ni guna nama western union sebenarnya nak SPAM) yang mengatakan anda mendapat wang kiriman ? Beberapa hari yang lalu saya ada terima email tu, spammer tu siap bagi nama sender dan MTCN number untuk dapat wang tu. Western Union ada menyediakan MTCN tracking dalam laman web dia.Bila saya masukkan number MTCN tu statusnya tertera : available for receive . Masa tu terkejut juga.Eh! Biar betul ada orang nak bagi kita wang free. Jumlahnya bukan sikit tau 5000 USD , campur tolak bahagi darab kalau dalam Ringgit Malaysia dah berapa kan.. teruja juga saya seketika.
Untuk memuaskan hati sendiri yang masih terkejut saya try la kol CIMB BANK .. dan bila di cek ternyata memang kiriman tu ada. Biar betul kan.. !! Tapi sapa pulak yang nak bagi duit free macam tu kan.Rasa takut pulak tiba-tiba.Sebelum ni ada juga dapat email spam yang kata kita menang lottery la, kita dapat wang pelaburan la.. macam-macam.Lepas tu email tu semua minta detail kita nama,address,tel and etc tapi yang ni terus nak bagi duit. SPAM ke atau memang ada orang nak bagi duit?? hehe ...
Untuk merungkai semua pertanyaan yang menganggu fikiran tu saya terus kol Western union. Dan mereka bagitau wang tu memang ada tapi jumlahnya bukan la 5000Usd tapi jumlah yang kecil.Dan mereka juga bagitau semua tu SPAM .Bila kita nak ambil wang tu kita kena bagi IC.No nama dan alamat.. semua akan masuk sistem mereka dan pengirim wang itu akan dapat maklumat tu. Ummm.. Macam tu la ceritanya.. Tapi orang miskin macam saya ni ntah apa la yang nak di kikis lagi.. ???

Sesapa blogger yang ada pengalaman macam ni kongsi la.. Saya ni kerap sangat dapat email macam tu.Tiap hari ada je.. Kawan-kawan blogger yang lain ada tak?

ada ke rezeki yang begitu mudah??



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails