Saturday, August 28, 2010

Pekerja Indonesia ..

Pagi tadi mom sampai office agak awal. Mom malas nak tunggu depan office so mom pusing 1 round blok office ni dan singgah kedai untuk beli suratkhabar. Customer ramai .. mom tengok amoi indon (tokey kedai tu panggil pekerja dia amoi indon) hanya 1 orang saja.Terkejar ke sana sini ambil order.Mom yang ringan mulut ni pun tanya la tokey kedai tu.. "Tokey..mana amoi lain.napa tinggal sorang?". "Sudah balik kampung la".. aik!!balik kampung?? "Aiyaa.. lu tak ada baca suratkhabar ka? nah ini tengok.. (sambil tunjuk mom surat khabar cina..macam mom paham) indon sikarang sudah mau angkat balik dia punya orang oo.. nanti mau angkat vietnam atau mynmar ..aiya susah la".. Betulke ada isu ni? lepas tu amoi indon tu pulak cakap dengan mom " susah la kakak kalau pulang , mau kerja apain di sana? gaji nya saja kecil.Yang kaya itu kok makin kaya,kami yang miskin ini makin miskin" ..

Betul ke berita dalam newspaper tu? Kadang pon khabar angin saja. Mungkin sebab banyak kes-kes membabitkan dera dan jenayah tu kan. Tokey kedai tu cakap dengan mom lepas permit amoi indon tu habis dah tak boleh sambung.Semua kena hantar balik. Hmm.. kalau betul la berita ni nampaknya pengasuh abang dan adik tu pon mom kena hantar balik .. laa.. nak cari pembantu bukan mudah ..

ps - ada blogger yang tahu pasal berita ni?? bolehla kongsi..











No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails