Monday, August 30, 2010

Pekerja Indonesia ( Part 2)

Entry kali ni pasal pekerja Indonesia lagi .. hehe..well tak pe la pasal apa pun kan yang penting mom rasa perkara tu baik untuk di kongsikan maka mom akan tuliskan dekat blog mom ni.

Baru tadi mbak(panggilan orang jawa) tukang cuci office datang dan seperti biasa la..cuci lantai , cuci tandas ,lap tingkap.. kemas meja ... banyak lagi la.Oleh kerana mom ni memang peramah ..(puji sendirik ni,jangan muntah) mbak ni pun cerita la kat mom. Dia gembira sangat sebab sekarang rumah dekat kampung dah siap. Mbak tu keluarkan la gambar rumah.. Fuh! Rumah bukan calang-calang tau. Rumag banglo 2 tingkat..siap dengan 2 tiang besar dekat depan. lebih kurang macam gambar dekat bawah yang mom google ni ..

Mom cakap la kat mbak.. sekarang mbak dah tak payah kerja la.Boleh balik kampung sudah. Di kampung pun mbak tu sudah berjaya buka kedai HP dan beli 1 lori untuk disewakan kepada penduduk setempat untuk angkat barang-barang. Semua ni hasil daripada mbak dan suami kerja dekat Malaysia. mbak kerja cuci rumah dan suami cuma potong rumput. Mungkin nampak kecil kan tapi lihat la hasil mereka. Mbak kata selagi tulang 4 kerat ni masih boleh..mesti nak kerja.Menurut mbak untuk upah mencuci rumah adalah seperti berikut:

1. Rumah setingkat - Rm 30.00 ( harga ni semua untuk sekali cuci sahaja)
2.Rumah 2 tingkat saiz kecil - Rm 40.00
3.Rumah 2 tingkat saiz besar - 50.00
4.Rumah banglo - Rm70.00

Sehari mbak ada 3 hingga 4 rumah nak cuci .. seminggu dah lebih kurang 21 rumah. pendapatan dah ada dalam 1200 - 1300 untuk seminggu. Sebulan dah berapa ??? Dalam 5k pun ada.
Rezeki mbak kan. Tak hairan pun. Berkat kerajinan juga kan.

ps -pssttt.. nak cuci rumah tak?


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails