Thursday, August 19, 2010

Joel & Ezra Milestone


Joel Milestone
Hari ni Joel genap 3 tahun 6 bulan dan 18 hari.
Sudah pandai mandi dan Gosok Gigi Sendirik.. Pandai tuang air dalam cawan sendiri.Makan sendiri.Malam-malam nak buang air dia pandai kejutkan mom supaya hidupkan suis lampu.(suis lampu tak sampai lagik nak buka sendiri) Dah pandai kemas tempat tido sendirik. ( tu pun kalau ada mood dia nak kemas..) Dah pandai on dan off computer dan cari game dan lagu yang tersimpan dalam computer.. sangat suka lagu ibu ibu bapak bapak... sampai mom naik pening dan boring dengar.. dah pandai tanya "mom dah ada duit banyak tak? kalau dah banyak duit mom duduk rumah tak payah pergi kerja.." huhu..tiap pagi sebelum pergi kerja mesti tanya. sedih pulak nak keja. ( - -)


Ezra milestone
Tinggal 3 hari lagi adik dah umur 1 tahun.
Gigi dah ada 7 batang. atas 4 dan bawa ada 3.Tapi adik belum bole nak jalan. Jangan kan berjalan..berkaki 4 (merangkak) pon belum.. Merangkak ala tentera la dia ni. Yang pelik nya dia kalau panjat sana sini lasak pulak. pasal makan adik la no.1.. Heehe.



Aktiviti harian 2 beradik - main wrestling dan tukar-tukar channel tv. (^^0)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails