Monday, August 23, 2010

JB hujan..

Musim hujan dah sampai dekat Johor Bahru ni.
Ada yang mengeluh ada juga yang gembira.
Bagi yang berniaga bazaar ramadhan dan pasar-pasar malam kedengaran juga keluhan kecil. Susah juga nak berniaga dalam keadaan basah begini kan.. Peniaga yang cari rezeki mungkin masih buka gerai lagi tapi mungkin tak ramai orang yang suka berjalan dalam hujan lebat ni.


Kalau mom berjalan tengah hujan ok je .. tapi kalau nak bawa sekali anak-anak dengan membawa payung dan barang-barang tu.. huhu terima kasih je la..kita tak payah la pergi.
Musim-musim hujan dan sejuk ni paling membimbangkan mom ialah demam & selesema.
Semalam adik dah start meleleh-leleh hingus. Tadi pagi cepat-cepat beli ubat. Dah serik kisah 2 bulan yang lalu bila hubby , abang & adik sekaligus demam selesema. Sampaikan pengasuh pun dah quit tak tahan nak jaga sebab abang dan adik on off je demam dan selesema sebulan.

Ps - Semua orang dalam rumah sakit syukurlah mom sihat ..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails