Thursday, August 5, 2010

Berdebar..

Apa yang berdebar tuuu ???
Apa lagik berdebar pasal opening Giveaway kedai kecik tu la. Berpeluh dingin juga di buatnya.MAna tidaknya 2,3 hari berlalu cuma sorang yang buat entry penyertaan. Rasa nak angkat bendera putih dan berputus asa saja..tapi entahla mungkin saya ni orang yang cekal kot. ( mengaku sendiri...) Ishhkk.. malu la Giveaway tak mendapat sambutan kan. Mungkin para ibu dan bapa -bapa pun sudah penat menyertai giveaway atau mungkin giveaway yang diberikan tidak menepati citarasa.. ( teringat pulak lagu ibu ibu bapa bapa dari kumpulan ST12 hehe )

Tapi pagi ini bila tengok penyertaan Ohh!! makin bertambah nampaknya.Ada la naik sikit semangat untuk terus berblog dan " berkedai online" ni.

Terima kasih banyak-banyak kepada yang menghantar entry.




2 comments:

Cik Puan Gaban said...

Anne, kena sabar sikit, dan beri masa...akan ada yg join..eh sy tak tau pun you ada buat giveaway

Anne said...

ada giveaway..hehe tapi dekat kedai online tu. kedai nlittleshop. banner ada tampal sini.bole klik. (^^)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails