Friday, December 31, 2010

Happy New Year 2011 untuk rakan-rakan blogger!!



Last day di tahun 2010. Bila last day macam ni mula la terkenang-kenang kisah di tahun 2010. Kalau nak di ingat kan apa yang berlaku setiap saat memang la dah tak ingat. Tapi ada la juga beberapa perkara yang masih fresh di dalam kotak ingatan mom ni walaupun sudah lama berlalu. Banyak perkara yang memeritkan daripada yang manis. Hehe .. Antara perkara yang berlaku tu ialah pada hujung bulan April sehingga la bulan June di mana adik Ezra yang ketika itu 8 bulan di serang demam yang tak kebah-kebah. Berulang-alik ke klinik dan akhirnya hospital. Yang peliknya demam adik tu tak ada pulak waktu pagi,bila hari petang saja adik akan start panas seluruh badan sehingga sampai satu peringkat kaki,tangan dan bibir jadi kebiru-biruan. Syukur juga la majikan mom ni ok. Mom terkejar-kejar ke office dan rumah time tu majikan pun memahami.
Sebelum

Selepas

Tengok la perubahan badan adik sebelum sakit dan selepas tu .. daripada gebu dan bulat hingga kurus .Hati ibu mana yang tidak sedih. Pelik juga bila pergi jumpa doktor kata adik demam biasa saja. Pergi klinik pakar pun keadaan adik tetap sama.Pastu tambah lagi abang Joel pun ikut demam. Akhirnya mom bawa adik dan abang ke HSI (Hospital Sultan Idris JB) . Dan doktor kat situ kata kerongkong banyak tompok putih. Ubat yang di bagi tu mom tak bagi pun tau,sebab ubat yang sama juga dengan sebelum ni. Mom amalkan petua mak minumkan dengan air suam. Dan syukurlah semua beransur pulih.

2010 juga menyaksikan kami berhadapan dengan masalah kewangan yang erkk!! teruk!

walaumacam mana pun mom bangga dengan keluarga kecik mom ni sebab berjaya mengharungi semua rintangan dengan baik. Dan dalam krisis ini mom dengan sedih tahu orang-orang yang bila kami dalam kesenangan but cepat cepat say bila kami susah.

bakal membawa pengalaman baru dalam perjalanan hidup mom.Di mulai dengan pengalaman mom sebagai ibu kepada seorang anak yang bersekolah.Berdebar ni.. macam mana la abang JOel nanti... .. Good Luck untuk mom sendiri dan kamu..kamu dan kamu semua juga. Buang yang keruh ambil yang jernih. Yang keruh2 dekat 2010 tu jadikan sempadan k dan yang jernih pula di kekalkan. apa mom mengarut ni.. hehehe..




Ps - Happy New Year 2011.

Thursday, December 30, 2010

Tahniah untuk team Bola sepak kita .. !!

Eh! macam terlewat pulak mom ni.. Orang semua awal-awal dah congrat..mom petang-petang baru congrat.Takpe lah yang penting hati kan.


Semoga kemenangan ini akan menjadi detik permulaan untuk kita meraih lebih banyak kemenangan lagi,bukan dalam sukan bola sepak saja tau tapi semua bidang.




Wednesday, December 29, 2010

Ada juga rezeki nuffnang ..

Jelous la tengok kawan-kawan blogger yang dapat income daripada nuffnang.Nak jelous apa pulak kan.Yang berusaha mestilah akan dapat imbalan daripada usaha tu. Blog mom yang suam-suma kuku ni ,sekejap ada entry sekejap tak ada entry blogwalking pun beberapa blog je sehari macam mana la boleh dapat income lebih pulak. Tapi thanks 100x untuk nuffnang kerana walau pun blog mom ni tak ter"maintain" dengan baik nuffnang tetap memberi semangat kepada mom dengan memberi BE kepada blog mom ni. Setakat ni ada juga 3 BE yang sedang menari-nari dekat blog mom ni.

CIMB Clicks Pay and Win LR



Tupperware LB



Maxis iPad LR


Ps - Semoga lepas ni mom lebih rajin maintainkan blog ni. Thanks pada kawan-kawan yang sudi singgah ke blog mom ni. (^^0)

A dull Christmas Celebration ..

Sempena menyambut krismas hari tu mom telah bercuti selama 3 hari. 24hb hinggalah 26hb. Best wooo ... Maklumlah dah lama tak bercuti. Setiap saat dihabiskan dengan keluarga dan anak-anak. Seperti tahun-tahun sebelumnya krismas di sambut biasa - biasa saja.Makan malam keluarga pada malam x mas. Going to church keesokkan pagi.lepas tu open house dan barbeque dekat rumah. Hmmm sebenarnya mom rindukan ini

x mas tree

x mas gift
dan


x mas card

semenjak tamat saja zaman persekolahan dulu memang dah tak ada terima dan beri kad lagi. Rasa sedikit kekurangan pulak. Ada kad pun E-Card yang dikirim ke email atau facebook. Kalau pergi kedai-kedai pun macam dah kurang jual card-card musim perayaan ni. Rasanya bukan xmas je kan. Time Hari Raya pun sama .. Chinese New Year je yang rasanya masih kekal seperti dulu. Dekat office mom ni je kalau tiba CNY memang banyak la dapat kad-kad CNY.

Untuk wishlist next year mom nak masuk kan " membeli dan menghias pokok xmas , anjurkan exchange gift dan hantar kad untuk family and rakan-rakan".



Thursday, December 23, 2010

Hari ini ...

Hi rakan-rakan blogger. Johor Bahru pagi-pagi dah hujan.Huh! malasnye nak bangun. Nasib baik la adik Ezra yang tak pernah miss out dengan tugasnya sebagai jam lonceng setiap pagi . Tak payah bunyi krinnnnngggg ... cukup hanya dengan adik yang suka rolling -rolling atas badan mom dan kadang-kadang tu tiba-tiba duduk atas perut, dah cukup untuk mata mom ni terbuka luas.


Ok la cukup cerita pasal bangun pagi , mom nak buat tag dari cik lulu yang peramah. Cik lulu telah tag mom untuk join pencarian Blogger Peramah 2011 yang di anjurkan oleh ahsfantasy24.com.




Tapi mungkin mom dah terlewat sebab bila mom bukak link ke ahsfantasy24.com tu..sessi pencarian telah pun tamat. Ooo malang sekali tak dapat turut serta..


Hari ni rasa relax la pulak kerja walaupun dihidangkan dengan muka bengis En.Supervisor. Kuikuikui mesti la relax sebab hari ni last kerja. Esok dan lusa cuti ambil leave untuk Christmas. Monday baru naik kerja lagi. Yahuuuu... Dah lama tak cuti panjang tau. Bayangkan cuti tahunan masi ada baki 10 hari lagi lepas ambil leave ni. Nasib baik la kat company ni,kalau habis tahun masih ada baki leave tu akan di ganti dengan wang.


Ps- Dah start nak selesema la.Balik ni cepat-cepat makan ubat dulu.Kalau cuti ni demam semua yang dah di plan kan tak jadik pulak.

Tuesday, December 21, 2010

Pengumuman Kepada Para Tuan Punya Kedai Online!!

Macam gempak je tajuk entry tu kan .Hehe. Untuk para Tuan Punya Online shop yang ingin meluaskan lagi pasaran bisnes online mereka bolehlah try iklankan dekat . Untuk kedai online ni lagi banyak iklan-iklan dekat website yang orang selalu tengok lebih tinggi la peluang untuk kita dapatkan customer kan. Penawar2u.com ni merupakan satu syarikat mlm.Jadi setiap hari memang banyak orang yang keluar masuk website ni. So kalau ada yang berminat atau ada pertanyaan untuk menyewa tapak iklan dekat website ni bolehlah tinggalkan comment dekat commentbox mom ye. Ada 4 tapak yang kosong.Sewa sebulan untuk tapak RM5 je.




Saturday, December 18, 2010

Pengalaman baru bakal bertambah dalam Mom Journey

Semalam mom ke tadika untuk mengambil kelengkapan sekolah untuk abang Joel. Selalu tadika lain beli kasut dan beg dekat kedai saja kan tapi untuk tadika Smart Reader ni semua dah di sediakan. Best juga tadika ni.
Masa cikgu kat Smart Reader tu bagi kasut untuk abang mom tengok eh! Besarnye kasut.But cikgu tu cakap hari tu dah try .Masa ukur baju dan kasut hari tu En.Hubby yang pergi.. Hmm tak pe lah bawa je la dulu balik umah kalau size besar nanti boleh tukar.

Dah siap bagi kelengkapan sekolah tu, cikgu beri instruction sikit mengenai jadual persekolahan yang akan bermula pada 3/01/2011. Masa penghantaran anak ialah 8.15am -8.30am and balik 11.15am-11.30am. 3/01/2011 hingga 7/01/2011 ialah minggu orientasi. Anak aku kecik-kecik dah kena orientasi.macam dag dig dug je jantung mom.Boleh ke abang Joel handle diri dia ye.. Isshh! Mom kena percaya pada kemampuan dia kan. Tapi hati mom sekarang ni memang macam-macam ada. Takut dia nangis ke,cari kita ke .. nanti nak gi toilet berani ke dia cakap ngan cikgu. Macam mana nak handle pulak kalau keesokkan hari nya dia tak nak dah gi sekolah???

2011 .. Pasti membawa seribu macam asam garam dalam kehidupan mom bermula dengan pengalaman baru abang Joel dan sekolah tadikanya. Moga-moga semua berjalan dengan baik-baik.


macam ni la kelengkapan yang di bagi.gambar ni mom yahoo search je ...

Thursday, December 16, 2010

GA #2 Suffah Beauty Shop


GA ke-2 dari Suffah Beauty Shop
Berakhir 18/12/2010 ini.Nak join klik gambar kat atas tu .



Tuesday, December 14, 2010

72 hari ini ... !!!


Apa ada pada nombor ini ... ??
Sepanjang mom berblog ni la angka blogwalking terbanyak .. hahaha..ni pun nak kecoh kan.Orang lain ada sampai 500. Tapi angka ni kira ok la .. Banyak ni tau.Susah nak blogwalking banyak ni dalam sehari. Curi-curi masa ni.






Lovehuntersss 1st Lucky Draw.

GA oleh L.O.V.E Hunterss yang akan berakhir 15/12/2010.
Nak join klik pada banner kat atas tu k.
Mengenai hadiah (Rm20) tu .. emm apa-apa pun jadik la. Join GA ni kalau dapat menang pun hati dah kembang setaman .
Dapat hadiah daripada orang lain ni memang istimewa ,tak kira la nilai hadiah tu kan ..

Rakan untuk di tag. Cik Puan Gaban (dah lama tak dengar berita dari dia .. ???)



Ps - TQ pada puan penganjur GA.

Monday, December 13, 2010

1st GA - Bahagia Ku Di sini


OOO..GA lagi .. mom memang suka FM(freezer magnet) .. jom la join GA ni ye. Klik sini.
GA berakhir 14/12/10.

Chocolate GiveAway


Jom Join GA Chocolate ni.. Yummy..yummy.. klik sini
GA berakhir 25/12/2010 nanti.

Salam Perkenalan From IbuSyiranina


Mom macam malas nak ikut GA sebab tak menang-menang ..
Tapi rasa macam tak lengkap pulak tanpa GA ni. Hehe.Jadi hari ni mom nak join GA oleh Fiza Anur from blog MY SWEET PRINCESS. Moga-moga ada lucky la kan.Hehe
Jadi kat sini mom nak tag kamu,kamu dan kamu yang sedang membaca tu.Kak Yong .. Haszuraidah.. and PG jom la ikut serta kalau ada masa ye.. Klik sini untuk join.



Kebahagiaan Kami Di Rampas

"Kebahagian Kami Dirampas" .. sedih bila baca cerita dekat Harian Metro(page8) hari ni. Korang bayangkan 9 bulan detik-detik manis menanti kehadiran orang baru berakhir dengan kematian ibu dan anak di dalam kandungan. Lebih menyedihkan bila kematian itu di sebabkan kecuaian pihak hospital swasta yang dipercayai dapat memberikan perkhidmatan yang memuaskan.

Menurut suami kepada mangsa kecuaian,Khairul Anwar Abdul Halim,40, dia membawa isterinya yang mahu bersalin ke hospital swasta berkenaan pada jam 8.30 pagi.Sejurus tiba saya menemui doktor berusia 40-an dan memintanya melakukan pembedahan caesarean,namun doktor memberitahu mahu menunggu isteri bersalin secara normal.

Kira-kira jam 3 petang isteri yang sebelum itu selesai makan mula terasa sakit mahu bersalin dan jururawat bertugas memakaikan topeng gas nitrus oksida dan oksigen untuk mengurangkan kesakitan.

Walaupun saya menegur kerana dikhuatiri isteri memuntahkan semula makanan tetapi tidak di endahkan.Doktor itu yang tiba mendapati bukaan serviks berukuran 4cm,namun tidak memecahkan air ketuban.Pada jam 4.15pm doktor berkenaan datang lagi untuk memecahkan air ketuban.dan 15 minit kemudian bukaan serviks menjadi 8cm dan isteri mengalami kontraksi setiap setengah minit selama 20 mint.Bagaimanapun jururawat tidak memaklumkan kepda doktor dan menyuruh isteri agar meneran.Tidak lama kemudian isteri muntah dalam topeng gas itu dalam separuh sedar dan mata terbeliak.Pada waktu itu doktor tiba dan panik.Dia meminta doktor membuat pembedahan tapi mereka mengambil masa 3o minit untuk menyediakan dewan bedah.Dan pada 6.35 petang beliau dimaklumkan telah kehilangan isteri dan anak di dalam kandungan.

Sementara itu jurucakap hospital berkenaan berkata pihaknya mendapati tiada unsur kecuaian sebab semua mengikut prosedur.



Ps- Takziah pada keluarga arwah..

Saturday, December 4, 2010

Semoga Bahagia Zaibo dan Pasangan.

gambar Thestar online


Tahniah dan Selamat Pengantin Baru untuk pelakon komedi Zaibo,54 atau nama sebenar Zainal Arifin Abdul Hamid di atas pernikahan beliau dengan wanita pilihan Siti hawa Syawal,45 yang berlangsung di Pejabat Kadi Batu Pahat pada 3/12/2010. Semoga berkekalan ke akhir hayat.


Friday, December 3, 2010

Bini High Maintainance ..

Hujung minggu yang lalu 4 orang kawan En.Hubby datang bertandang ke rumah.Semua ialah bapa budak. Yang bezanye 4 orang kawan En.Hubby tu wife masing-masing dekat Sabah.Tengah mom buat air mom terdengar la cerita bapa-bapa tu.

( Perbualan dalam bahasa Sabah)
Bapa A: Wah..ko sekarang kerja dari subuh sampai tengah malam.huiyoo mesti duit pun banyak.

Bapa B: Banyak memang banyak tapi ndak cukup .

En.Hubby: Kenapa pulak ndak cukup? 5k tu.Bini pun dekat kampung. Kamu semua sewa rumah ramai-ramai baru Rm50 saja.

Bapa C: Hahaha.. Kamu ni macam ndak tau bininya tu kan high maintainance.

En.Hubby: High maintainance?? Apa tu? Apa la ko ni ingat kereta ka ada high maintainance.

Bapa D: Ko ni memang la. itu pun ndak tau. Maksudnya tu mau kirim banyak wang juga, sebab bininya tu di rumah pun bermakeup , mau baju lagi,krim lagi .. mahal-mahal semua.Itulah bini high maintainance. Bagus la bini mu tu tiada begitu . ( amboi-amboi mengumpat mom... )



OOoo mom baru juga dengar kategori isteri high maintainance ni.Ada-ada saja gelaran yang di berikan oleh para bapa ni kan . Mom ni low maintainance ke? Korang pulak macam mana? Tapi akhir-akhir ini mom teringin sangat la pulak nak berdandan. Tengok ramai kawan-kawan yang dah jadi mak budak ni tapi hot mengalahkan anak darah rasa jealous la pulak kan. Teringin la pulak nak merasa Body Slimming macam Premium Beauty tu. Hahaha..




Thursday, December 2, 2010

Tanda-tanda modem anda dah pencen!



Hai semua .. Wahh .. 4 days tak dapat jengah blog.Bukan kerana busy atau outstation atau bercuti tapi sebab internet problem. 3 kali buat report dengan TMnet and finally technician TM pun datang tengok apa masalah Sebab troubleshooting dengan operator TM tak menjadi jugak ..
Dan bila check punya check modem rosak rupanya. Lepas tukar modem baru .. yeahhh!! dah boleh online semula. Jadi sekiranya PC/Laptop anda menunjukkan tanda-tanda seperti : -

  1. Bila bukak Internet Explorer atau Mozilla Firefox ke lepas tu dekat skrin tu tulis server cannot be found.
  2. Tengok dekat modem semua lampu DSL,LAN atau WLAN dan DATA semua stable.
  3. Tengok dekat LAN connection status tu data send melambak tapi yang received tu tak ada tu sikit sangat.
  4. Dah try troubleshoot berkali-kali tapi tak dapat connect juga.
  5. Dah check semua wayar tapi semua ok.takde yang putus-putus ..


modem yang rosak tu ..

modem TM yang baru.


PS - tukar modem ni kena bayar 70.00 sebab modem lama bukan TM punya. Kalau modem rosak tu TM punya boleh dapat free.

Friday, November 26, 2010

GA Teka dan menang ibu3A

Di petang yang indah ini .. mom nak join GA teka dan menang oleh kak yong.
Boleh teka 2 kali kan kak yong .. Jadi tekaan mom ialah ...

1.Rm 82.00
2. Rm 82.20


Gigih ni tadi kira syiling tu.siap zoomm in and out lagi tau. Thanks la kepada Puan penganjur kerana buat GA ni. Gudluck to my self and semua yang menyertai. Yang belum join boleh klik banner kat bawah ni k.

Thursday, November 25, 2010

Award+Soalan Tag Panas!!

Aduhai cik Chenta .. Panas ni award + soalan tag. Malu juga nak ambil award ni. Nanti tiba-tiba ada yang komen " EH!ko superstar ke, visitor boleh di bilang dengan jari" .. Mom masa blogwalking tadi ada la terbaca cerita-cerita mengenai komen-komen anonymous yang menyakitkan hati orang. Hmm .. Apa la niat mereka ye? Anyway mom nak juga buat tag dari cik chenta ni.Thanks ye cik chenta. Kreatif sungguh la orang-orang sekarang ni.Tak terfikir pulak boleh buat stars macam dalam gambar tu.

Tag panass untuk award ni :

Sila jelaskan kenapa anda suka berblogging?
Penuhkan masa lapang.Boleh tambahkan kenalan.Boleh baca dan kongsi pengalaman dengan orang lain.Well yang baik jadikan teladan yang tak baik jadikan sempadan la.

Apa motif anda tarik follower? Anda superstar ka?
Adei soalan ni sikit punya pedih nak jawap. Memangla mom ni bukan superstar.Motif tarik follower ?? Emm.. Banyak permasalahan dalam hidup,kadang mom buat entry supaya kawan-kawan boleh komen dan mom pulak boleh baca komen-komen tu sambil fikirkan penyelesaian masalah.

Cerita sikit perangai anda..
Di dunia nyata mom seorang yang pendiam.Lebih suka menjadi pendengar dan pemerhati.Puas juga mom kikis sifat ni tapi .. takleh.

Pernah terfikir nak masuk magazine a.k.a mewar-warkan blog anda? mengapa?
Gelak sebelum jawap soalan ini. Sebenarnya memang ada la terfikir.Kalau diberikan peluang mestilah nak kan. Mana la tau boleh dapat income blogging macam Redmummy.com.

Sila tag blogger lain.. Kak Yong , PG ..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails